Pages

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN DAN RASIONAL PEMILIHAN

this is my another but group assignment, and it's in Malay. but if you want you can translate it using the translate tool up there at my blog page...!!.

this assignment is about planning our lesson plans according to need kids especially toddlers in preschool, which should be suitable with the child's basic development as if gross or fine motor skills, and we did explain the rational of choosing that particular activities.enjoy reading and leave your comments too!!


JADUAL WAKTU KELAS


NAMA KELAS
PRA 3 ROS
(6 TAHUN)

BIL
MURID
15
MASA / HARI
8.00 –
8.30
8.30 –
9.00
9.00 –
9.40
9.40 – 10.10
10.10 – 10.50
10.50 – 11.30
ISNIN
PER
PJK
MATEMATIK
REHAT
SAINS
BM








NAMA GURU MATAPELAJARAN:
·         PJK                 - PN. ZAHARIAH SUTIRES
·         MATH            - PN. KANNAMAH
·         SAINS                        - PN. PREMAHVATHI
·         BM                  - PN. SANDRA DEVI

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                                      :           02/03/2015
Kelas                                       :           Pra-3 (6 tahun )
Masa                                       :           8.30 pagi – 9.00 pagi
Bilangan Murid                       :           15 Murid
Tunjang                                   :           Perkembangan Fizikal dan Penjagaan Kesihatan
Nilai                                        :           Bertimbang Rasa ( menunggu giliran )
Tema                                       :           Badan Sihat Minda Cerdas
Tajuk                                       :           Makanan Berkhasiat Dan Tidak Berkhasiat
Standard Kandungan              :           (PFK3.2.3) - Mengenal jenis makanan berkhasiat dan   
                                                            tidak berkhasiat.
Standard Pembelajaran           :           (ST 2.3.8) - Membanding dan mengumpulkan objek ciri
                                                            yang dikenal pasti.
Hasil Pembelajaran                  :           Seramai  13 orang telah dapat membezakan makanan
                                                            berkhasiat dan tidak berkhasiat
Objektif Pelajaran                   :           Pada akhir pengajaran murid dapat menyatakan jenis
                                                            makanan dan minuman berkhasiat dan tidak berkhasiat
Alatan dan Bahan                   :           Kad gambar, carta lagu bergambar , bahan maujud dan
                                                            raga
Prosedur Pembelajaran            :
1.      Guru menunjukkan carta lagu “ Mari kita ke pasar malam “
2.      Guru membimbing murid membaca senikata lagu dan menyanyi bersama-sama “Mari kita ke pasar malam” (Melodi Pak Mamat Ada Kebun)
Mari kita ke pasar malam, Sungguh seronok
Di pasar malam banyak makanan, Sungguh seronok
Ada mee goreng, ada laksa, Air bandung dan air soya
Di pasar malam banyak makanan, Sungguh seronok

                                               3.      Guru meminta murid menyebutkan semula nama makanan yang                                                          terdapat dalam lirik lagu berpandukan kad bergambar berulang ulang
4.      Guru mengeluarkan sebuah bakul yang berisi pelbagai makanan seperti roti, susu kotak, gula-gula, keropok, asam dan sumi.
5.      Guru membimbing murid melihat bahan makanan dan meminta menyebut nama makanan tersebut
6.      Guru membimbing murid mengasingkan makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat di dalam raga yang berasingan
7.      Murid diberi lambaran kerja dan di minta untuk membulatkan gambar makanan yang berkhasiat dan mewarnakannya.

RASIONAL PEMILIHAN AKTIVITI

Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Menyanyi adalah naluri semulajadi kanak-kanak sama seperti makan dan tidur. Dalam aktiviti ini teknik menyanyi juga membuatkan kanak-kanak secara tidak langsung peka kepada seni muzik dan cepat menghafal lirik lagu.

           Menurut kajian-kajian Furono et al. (1987) kecekapan motor halus kanak-kanak pada usia 2 tahun hingga 6 tahun akan berkembang dengan cepat. Seiring dengan penyelarasan antara mata dengan jari, kanak-kanak pada umur ini dapat menyeimbangkan kawalan tangan, lengan dan badan dengan pergerakan mata.

            Dengan adanya bahan yang sebenar atau maujud digunakan dalam aktiviti ini, murid dapat melihat, menyentuh dan mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat untuk dimakan. Alatan dan bahan yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini adalah kad bergambar. Tujuan guru menggunakan teknik maujud adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira sekaligus melatih murid menguasai kemahiran mendengar.

Kesimpulannya, guru haruslah mengetahui teknik mengajar yang boleh di aplikasikan di prasekolah. Teknik ini dapat menarik perhatian murid, guru juga akan merasa mudah untuk mengajar serta mencapai objektif pelajaran pada tempoh pengajaran tersebut.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh                                      :           02/03/2015
Kelas                                       :           Pra 3 ( 6 tahun)
Masa                                        :           9.00 pagi – 9.40 pagi
Bilangan murid                       :           15 murid
Tunjang                                   :           Awal Sains dan Awal Matematik
Nilai                                        :           Kebersihan diri
Tema                                       :           Badan Sihat, Minda Cergas
Tajuk                                       :           Nombor bulat - Tambah
Standard Kandungan              :           ( ST.7.3) memahami nombor 10 – 20
                                                            (ST.8.1) memahami operasi tambah dalam lingkungan                     
Standard Pembelajaran           :           (ST.7.3.1) membilang terus dari 10 hingga ke 20.
(ST.7.3.2) membandingkan 10 dengan 11 dan seterusnya untuk memahami 11 adalah lebih 1 daripada 10, dan seterusnya.
(ST.8.1.1) menyatakan hasil tambah dua himpunan objek.
Objektif Pelajaran                   :           Di akhir pembelajaran, kanak – kanak dapat mengenal
                                                            Pasti nombor dari 10 – 50, mampu membuat operasi                                                             tambah secara mudah.
Alatan dan bahan                    :           span besar, dulang plastic, cat yang boleh dibasuh, gam,
                                                            gunting, kertas, air dan tisu dapur.
Prosedur pembelajaran            :
1.      Ajak kanak – kanak membuat cetakan tangan di atas kertas A4 dan membiarnya kering.
2.      Sementara menunggu cetakan tangan kering ajak kanak – kanak membersihkan tangan sambil mengira jari tangan mereka.
3.      Setelah cetakan tadi kering minta kanak – kanak mengguntingnya dan menampal di atas kertas lain.
4.      Minta kanak – kanak tadi mengira jari di cetakan dan nyatakan jumlahnya. Sekarang minta kanak – kanak kira jari di tangan dan jari di cetakan dengan sekaligus nyatakan jumlahnya.
5.      Memperkenalkan operasi tambah, sekaligus ajak kanak – kanak membuat beberapa lagi operasi tambah dengan kira jari di tangan dan jari cetakan.
6.      Akhirnya cetakan jari tadi akan digantungkan di dalam kelas untuk aktiviti matematik kelak.
7.      Diberi latihan mengira di buku.


 RASIONAL PEMILIHAN AKTIVITI
Kanak – kanak kini gemar membelajar di samping bermain. Pendekatan terbaru telah disusun untuk bermain, menerokai serta mempelajari matematik dalam situasi sehari – hari di pusat penjagaan kanak – kanak, di rumah, di kelas prasekolah serta taska. (Williams, Cunningham, & Lubawy, 2010)
Disamping itu, sesuatu aktiviti juga haruslah jenis yang boleh membantu perkembangan fizikal dan mental yang selaras dengan perkembangan motornya.
Sehubungan dengan itu, aktiviti yang telah dipilh hari ini merangkumi penggunaan motor kasar dan motor halus. Ketika kanak – kanak menekan tangan di atas span berwarna kepada kertas A4, otot – otot mereka akan bergerak sekaligus koordinat antara tangan dengan span juga kertas di pertikaikan. Jikalau motor kasar kanak – kanak tersebut tidak menyokong maka cetakan di atas kertas tidak akan kelihatan terang mahupun kemas. Penggunaan gunting juga membolehkan kita menilai kebolehan motor, jikalau seseorang kanak – kanak itu gagal memegang gunting dengan cara yang betul. Maka kita sebagai guru haruslah menunjuk ajar mereka caranya meregang otot dan menekan jari yang sewajarnya. Di samping itu, kita juga boleh memberi nasihat tentang makanan berkhasiat (dengan menyelitkan tema kita “ BADAN SIHAT, MINDA CERGAS”)  yang memberikan otot kita kekuatan yang membolehkan kita menyiapkan kerja dengan mudah dan pantas.
Di samping itu, jika seseorang kanak – kanak tidak mampu menggunting mengikut garisan, ataupun menggamkan cetakan tangan mereka dengan koordinat yang betul, ini bermakna motor halus kanak – kanak tersebut tidak berkembang dengan cara yang betul. Maka kita sebagai guru haruslah tunjuk ajar cara menggunting dan meggamkan ikut koordinat yang betul, sekaligus bolehlah kita menilai kebolehan mereka.
Sudah pasti seseorang kanak – kanak tidak boleh belajar pada pertama kalinya kita memperkenalkan, atau menunjuk ajar sesuatu. Mengikut (Surayah Zaidon & Haslinda Md.Ali, 2009) Proses pengajaran dan pembelajaran perlu dijalankan secara berterusan dan disesuaikan dengan objektif pembelajaran. Ia juga perlu sesuai dengan tahap perkembangan setiap kanak – kanak semasa mereka mengalami proses pembelajaran. Menurut (Williams, Cunningham, & Lubawy, 2010) masa dan latihan akan membolehkan kanak – kanak membina pengetahuan yang lebih kuat dan mendalam berkenaan prinsip matematik.
Oleh itu, guru haruslah bersabar ketika mengajar berulang kali supaya kanak – kanak tersebut boleh menguasai matapelajaran yang diajar. Guru juga harus telus dalam membuat penilaian perkembangan. Kreatif dan inovatif dalam membuat sesuatu aktiviti berkaitan matapelajaran. Yang penting sekali kita haruslah memastikan yang biar seseorang kanak – kanak membuat kesilapan dan belajar melaluinya serta tidak mengulanginya lagi, kerana daripada proses pengajaran, proses pembelajaran adalah lebih efektif.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                                      :           02/03/2015
Kelas                                       :           Pra-3 (6 tahun )
Masa                                        :           10.10 pagi -10.50 pagi
Bilangan Murid                       :           15 Murid
Tunjang                                   :           Sains dan teknologi
Nilai                                        :           Rasa ingin tahu
Tema                                       :           Badan Sihat,Minda Cerdas
Tajuk                                       :           Rasa
Standard Kandungan              :           (ST 1.1)-Mempamerkan sikap saintifik.
                                                            (ST 2.2)-Membanding dan megelaskan objek.                                  
Standard Pembelajaran           :           (ST1.1.1)-Menunjukkan sikap sistematik, bekerjasama,      
                                                            bertanggungjawab dengan bimbingan.
(ST 2.1.6)-Memerhati dan mengenalpasti bentuk-bentuk
di persekitran.
Hasil Pembelajaran                  :           Seramai  13 orang telah mencapai.
Objektif Pelajaran                   :           Di akhir, pembelajaran kanak – kanak dapat mengenal
                                                            Pasti deria rasa, menamakan perasa dan mengetahui jenis
                                                            Jenis makanan melalui rasa masing – masing.
Alatan dan Bahan                   :           Mangkuk kecil, limau, kicap, gula pasir, garam  dan
                                                            pencungkil gigi
Prosedur Pembelajaran            :
1.      Guru membahagikan murid-murid dalam lima kumpulan dan  setiap kumpulan mempunyai tiga orang murid. Guru akan menyediakan bahan-bahan eksperimen di atas sebuah meja.
2.      Sebelum melakukan aktiviti guru menunjukkan carta dan gambar tentang deria rasa.
3.      Guru akan tunjuk ajar eksperimen kepada anak - anak murid.
4.      Selepas itu, guru akan memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk melakukan eksperimen deria rasa.
5.      Namakan objek - objek di depan.
6.      Namakan deria yang betul yang kita mengguna setiap kali.
7.      Buat latihan di buku

RASIONAL PEMILIHAN AKTIVITI

             Pra-Sekolah merupakan asas yang paling penting untuk permulaan zaman persekolahan kanak-kanak,di mana perkembangan fizikal dan mental mula berkembang. Pihak ibu bapa mahupun pihak sekolah harus berganding bahu untuk memperkukuhkan permulaan mereka.

           Menurut, (Abdullah, Menon, & Ahmad, 2003) Kaedah pengajaran Pestalozzi menitikberat penerokaan melalui pengalaman deria. Cara terbaik untuk kanak-kanak belajar adalah melalui pengalaman merasa, menghidu, menyentuh, mendengar dan melihat. Contohnya, proses pembelajaran di mana kanak-kanak berpeluang melihat, menyentuh dan menghidu bau bunga mawar lebih berkesan berbandingkan pengajaran melalui gambar ataupun perbualan sahaja.

            Pada masa kini, kanak-kanak ingin belajar dengan kreatif. Dengan aktiviti ini kanak-kanak dapat mengetahui tentang rasa iaitu (manis, masam, masin dan pahit). Dengan aktiviti eksperimen ini, mereka dapat berhubung dengan bahan-bahan maujud tersebut, supaya kanak-kanak dapat mengetahui sifat-sifat bahan seperti kekerasan, saiz, warna dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengenalpasti nama - nama bahan yang digunakan dalam eksperimen ini.

         Selain itu, dengan merasakan pelbagai rasa kanak-kanak dapat berkenalan dengan deria rasa. Eksperimen ini menjadi suatu laluan yang baru kepada kanak-kanak untuk memahami deria rasa masing-masing. Apabila kanak-kanak menyentuh dan merasakan bahan-bahan tersebut, pergerakan otot tangan dan jari ini membolehkan berlakunya proses motor halus.

         Selain itu juga, apabila mereka melibatkan diri dalam eksperimen ini mereka juga dapat mengetahui tentang organ badan mereka iaitu struktur lidah. Selain itu guru juga boleh mengajar cara penjagaan mulut dan lidah berteraskan dengan tema (BADAN SIHAT MINDA CERDAS). Jadi tema yang diajar dapat dicapai oleh guru.

        

Seterusnya, dengan aktiviti ini kanak-kanak juga dapat mengenali perbezaan diantara perasa makanan. Jadi ini membolehkan mereka dapat mengenali rasa makanan yang terdapat di sekeliling mereka.  Interaksi diantara kanak-kanak dengan bahan-bahan di sekeliling alam mereka akan berterusan sampai akhir hayat mereka.

         Tambahan pula, deria sentuhan juga terdapat dalam eksperimen ini, secara tidak langsung kanak-kanak juga dapat mempelajari deria sentuhan dengan menyentuh bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini. Dengan ini mereka dapat melihat dan menyentuh samping memahami sifat-sifat bahan yang tersebut.

Kesimpulannya, guru haruslah berasional dalam pemilihan aktiviti bagi setiap matapelajaran. Guru juga harus berwaspada ketika menjalankan aktiviti tersebut dalam konsep yang sepatutnya dan selamat untuk kanak – kanak.

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh                                      :           02/03/2015
Kelas                                       :           Pra-3 (6 Tahun)
Masa                                        :           10:50-11:30
Bilangan murid                       :           15
Tunjang                                   :           Komunikasi  Bahasa Malaysia (T)
Nilai                                        :           Bekerjasama
Tema                                       :           Badan Sihat Minda Cerdas
Tajuk                                       :           Mengenal anggota badan
Standard Kandungan              :           (BM 1.1)-Mendengar dengan penuh perhatian
(BM 2.2)-Bersoal jawab melalui rangsangan yang betul.
Standard Pembelajaran           :           (BM 1.1.7)-Mendengar arahan dan memberi respon.
(BM 2.2.3)-Bersoal jawab berdasarkan tema,minat dan situasi semasa.
Objektif Pelajaran                   :           Di akhir pembelajaran, kanak – kanak dapat mengenal,
                                                            Dan menamakan anggota badan, dan mampu mengeja
                                                            Suku kata berkaitan anggota badan.
Alatan dan Bahan                   :           Carta bergambar anggota badan, kad imbas gambar, kad
                                                            imbas perkataan dan silang gambar.
Prosedur pembelajaran            :
1.      Guru akan menunjuk carta gambar dengan memperkenalkan anggota badan secara lisan.
2.      Guru akan memperkenalkan perkataan untuk dieja oleh kanak – kanak melalui kad imbas perkataan.
3.      Guru akan meminta kanak – kanak untuk mengeja sekali lagi untuk memastikan ejaan betul.
4.      Kanak – kanak akan diminta untuk memadankan perkataan dengan gambar di carta, dengan mengejanya sekali lagi.
5.      Guru dan kanak – kanak akan membincangkan tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan badan.
6.      Guru dan kanak – kanak akan melakukan aktiviti bernyanyi lagu  dalam kumpulan.(bangun pagi, gososk gigi).
7.      Kanak – kanak dibahagi 2 kumpulan, dimana kumpulan 1 memegang kad imbas perkataan dan kumpulan 2 dengan kad imbas gambar.
8.      Kanak – kanak akan diminta memadankan perkataan dengan gambar yang dipegang dengan betul.
9.      Kanak – kanak akan di beri teka silang gambar untuk disuaikan dengan betul dan menunjukkanya kepada guru untuk penilaian.

RASIONAL PEMILIHAN AKTIVITI
Pemilihan aktiviti bagi setiap matapelajaran pada peringkat awal kanak-kanak prasekolah perlu mempengaruhi dan mencapai perkembangan yang menyeluruh. Menurut, (Abdullah, Menon, & Ahmad, 2003) Pengalaman yang dilalui merangkumi semua aspek perkembangan iaitu fizikal, intelek, bahasa, sosial dan nilai. Apabila salah satu aspek diketepikan adalah sukar bagi mereka mengatasi kelemahan itu.
Setiap guru pada peringkat awal kanak-kanak perlu bertingkah laku lebih kreatif dan fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut.
Pemilihan aktiviti memainkan peranan yang sangat penting bagi setiap kanak-kanak untuk mencapai objektif pembelajaran. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam setiap aktiviti yang telah disediakan mengikut matapelajaran. Kanak-kanak dikehendaki meniru dan mengulang apa yang mereka pernah perhatikan. Selagi kanak-kanak belum menguasai kemahiran menyusun mereka akan terus mencuba sehingga berjaya.
Guru menyediakan carta gambar anggota badan, kad imbas perkataan, kad imbas bergambar dan silang gambar (puzzle) anggota badan.
Melalui carta gambar, murid-murid dapat mengenali dan menamakan setiap anggota badan. Tambahan pula, guru dan kanak-kanak membincang tentang cara-cara menjaga kebersihan dan kesihatan badan lalu guru melakukan aktiviti nyayian lagu yang bertajuk “Bangun Pagi Gosok Gigi” dalam kumpulan. Disini kanak-kanak menggunakan kedua-dua motor halus dan motor kasar untuk melhat, menyanyi, menamakan dan pergerakan otot.
Seterusnya, kad imbas perkataan digunakan untuk mengimbas kembali nama anggota badan yang telah dibelajari sebelum ini. Disamping itu, kanak-kanak juga dapat peluang untuk mengeja perkataan. Dengan ini guru boleh mengkategorikan kanak-kanak yang dapat dan tidak dapat mengenal abjad.
Selain itu, kad imbas bergambar digunakan untuk mengimbas kembali anggota badan serta menamakan anggota badan yang terdapat pada kad imbas. Kedua-dua kad imbas gambar dan perkataan dipegang oleh setiap kanak-kanak dan dipadankan.Aktiviti harian tersebut diakhiri dengan aktiviti permainan teka silang gambar (puzzle) anggota badan dalam kumpulan.
Kesimpulanya, pemilhan aktiviti yang mudah dan betul akan menolong dalam pencapaian seseorang kanak-kanak. Tanggungjawab seseorang guru untuk memilh aktiviti mengikut tahap kebolehan kanak-kanak adalah amat penting.

 RUJUKAN:

Abdullah, R., Menon, N., & Ahmad, M. (2003). Panduan Kurilulum Prasekolah. Pahang : PTS Publications.
Rohani, A. (2001). PERKEMBANGAN KANAK - KANAK PENILAIAN SECARA PORTFOLIO. KL: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
Surayah Zaidon, & Haslinda Md.Ali. (2009). PENILAIAN DALAM PEDIDIKAN PRASEKOLAH. KL: PTS PUBLICATIONS.
Williams, B., Cunningham, D., & Lubawy, J. (2010). MATEMATIK PRASEKOLAH (SIRI 3). SETAPAK,KL: AL AMEEN SERVE HOLDINGS.