this is my another but group assignment, and it's in Malay. but if you want you can translate it using the translate tool up there at my blog page...!!.
this assignment is about planning our lesson plans according to need kids especially toddlers in preschool, which should be suitable with the child's basic development as if gross or fine motor skills, and we did explain the rational of choosing that particular activities.enjoy reading and leave your comments too!!
Dengan adanya bahan yang sebenar atau maujud digunakan dalam aktiviti ini, murid dapat melihat, menyentuh dan mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat untuk dimakan. Alatan dan bahan yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini adalah kad bergambar. Tujuan guru menggunakan teknik maujud adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira sekaligus melatih murid menguasai kemahiran mendengar.
RASIONAL
PEMILIHAN AKTIVITI
Pada masa kini, kanak-kanak ingin belajar dengan kreatif. Dengan aktiviti ini kanak-kanak dapat mengetahui tentang rasa iaitu (manis, masam, masin dan pahit). Dengan aktiviti eksperimen ini, mereka dapat berhubung dengan bahan-bahan maujud tersebut, supaya kanak-kanak dapat mengetahui sifat-sifat bahan seperti kekerasan, saiz, warna dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengenalpasti nama - nama bahan yang digunakan dalam eksperimen ini.
this assignment is about planning our lesson plans according to need kids especially toddlers in preschool, which should be suitable with the child's basic development as if gross or fine motor skills, and we did explain the rational of choosing that particular activities.enjoy reading and leave your comments too!!
JADUAL WAKTU KELAS
NAMA KELAS
|
PRA 3 ROS
(6 TAHUN)
|
|
BIL
MURID
|
15
|
||||||
MASA / HARI
|
8.00 –
8.30
|
8.30 –
9.00
|
9.00 –
9.40
|
9.40 – 10.10
|
10.10 – 10.50
|
10.50 – 11.30
|
||||
ISNIN
|
PER
|
PJK
|
MATEMATIK
|
REHAT
|
SAINS
|
BM
|
||||
|
|
|
|
|
|
|
||||
NAMA GURU MATAPELAJARAN:
·
PJK -
PN. ZAHARIAH SUTIRES
·
MATH -
PN. KANNAMAH
·
SAINS -
PN. PREMAHVATHI
·
BM -
PN. SANDRA DEVI
RANCANGAN PENGAJARAN
HARIAN
Tarikh : 02/03/2015
Kelas : Pra-3 (6 tahun )
Masa : 8.30
pagi – 9.00 pagi
Bilangan
Murid : 15 Murid
Tunjang : Perkembangan Fizikal dan Penjagaan
Kesihatan
Nilai : Bertimbang Rasa ( menunggu giliran )
Tema : Badan Sihat Minda Cerdas
Tajuk : Makanan Berkhasiat Dan Tidak
Berkhasiat
Standard Kandungan : (PFK3.2.3)
- Mengenal jenis makanan berkhasiat dan
tidak
berkhasiat.
Standard Pembelajaran : (ST 2.3.8) - Membanding dan
mengumpulkan objek ciri
yang
dikenal pasti.
Hasil Pembelajaran : Seramai 13 orang
telah dapat membezakan makanan
berkhasiat
dan tidak berkhasiat
Objektif Pelajaran : Pada akhir pengajaran murid dapat menyatakan jenis
makanan
dan minuman berkhasiat dan tidak berkhasiat
Alatan dan Bahan : Kad
gambar, carta lagu bergambar , bahan maujud dan
raga
Prosedur
Pembelajaran :
1. Guru
menunjukkan carta lagu “ Mari kita ke pasar malam “
2. Guru
membimbing murid membaca senikata lagu dan menyanyi bersama-sama “Mari kita ke
pasar malam” (Melodi Pak Mamat Ada Kebun)
Mari kita ke pasar malam, Sungguh
seronok
Di pasar malam banyak makanan,
Sungguh seronok
Ada mee goreng, ada laksa, Air
bandung dan air soya
Di pasar malam banyak makanan,
Sungguh seronok
|
3. Guru
meminta murid menyebutkan semula nama makanan yang terdapat dalam lirik lagu berpandukan
kad bergambar berulang ulang
4. Guru
mengeluarkan sebuah bakul yang berisi pelbagai makanan seperti roti, susu
kotak, gula-gula, keropok, asam dan sumi.
5. Guru
membimbing murid melihat bahan makanan dan meminta menyebut nama makanan
tersebut
6. Guru
membimbing murid mengasingkan makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat di
dalam raga yang berasingan
7. Murid
diberi lambaran kerja dan di minta untuk membulatkan gambar makanan yang
berkhasiat dan mewarnakannya.
RASIONAL PEMILIHAN
AKTIVITI
Setiap kanak-kanak berbeza antara satu sama lain. Menyanyi
adalah naluri semulajadi kanak-kanak sama seperti makan dan tidur. Dalam
aktiviti ini teknik menyanyi juga membuatkan kanak-kanak secara tidak langsung
peka kepada seni muzik dan cepat menghafal lirik lagu.
Menurut kajian-kajian Furono et al. (1987) kecekapan motor halus
kanak-kanak pada usia 2 tahun hingga 6 tahun akan berkembang dengan cepat.
Seiring dengan penyelarasan antara mata dengan jari, kanak-kanak pada umur ini
dapat menyeimbangkan kawalan tangan, lengan dan badan dengan pergerakan mata.
Dengan adanya bahan yang sebenar atau maujud digunakan dalam aktiviti ini, murid dapat melihat, menyentuh dan mengenali jenis-jenis makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat untuk dimakan. Alatan dan bahan yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini adalah kad bergambar. Tujuan guru menggunakan teknik maujud adalah untuk mewujudkan suasana pembelajaran yang seronok dan gembira sekaligus melatih murid menguasai kemahiran mendengar.
Kesimpulannya, guru haruslah mengetahui teknik
mengajar yang boleh di aplikasikan di prasekolah. Teknik ini dapat menarik
perhatian murid, guru juga akan merasa mudah untuk mengajar serta mencapai
objektif pelajaran pada tempoh pengajaran tersebut.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 02/03/2015
Kelas : Pra
3 ( 6 tahun)
Masa : 9.00
pagi – 9.40 pagi
Bilangan
murid : 15 murid
Tunjang : Awal Sains dan Awal Matematik
Nilai : Kebersihan
diri
Tema : Badan
Sihat, Minda Cergas
Tajuk : Nombor
bulat - Tambah
Standard
Kandungan : (
ST.7.3) memahami nombor 10 – 20
(ST.8.1) memahami operasi tambah
dalam lingkungan
Standard
Pembelajaran : (ST.7.3.1) membilang terus dari 10
hingga ke 20.
(ST.7.3.2)
membandingkan 10 dengan 11 dan seterusnya untuk memahami 11 adalah lebih 1
daripada 10, dan seterusnya.
(ST.8.1.1)
menyatakan hasil tambah dua himpunan objek.
Objektif
Pelajaran : Di akhir
pembelajaran, kanak – kanak dapat mengenal
Pasti
nombor dari 10 – 50, mampu membuat operasi tambah
secara mudah.
Alatan dan bahan : span
besar, dulang plastic, cat yang boleh dibasuh, gam,
gunting,
kertas, air dan tisu dapur.
Prosedur
pembelajaran :
1. Ajak
kanak – kanak membuat cetakan tangan di atas kertas A4 dan membiarnya kering.
2. Sementara
menunggu cetakan tangan kering ajak kanak – kanak membersihkan tangan sambil
mengira jari tangan mereka.
3. Setelah
cetakan tadi kering minta kanak – kanak mengguntingnya dan menampal di atas
kertas lain.
4. Minta
kanak – kanak tadi mengira jari di cetakan dan nyatakan jumlahnya. Sekarang
minta kanak – kanak kira jari di tangan dan jari di cetakan dengan sekaligus
nyatakan jumlahnya.
5. Memperkenalkan
operasi tambah, sekaligus ajak kanak – kanak membuat beberapa lagi operasi
tambah dengan kira jari di tangan dan jari cetakan.
6. Akhirnya
cetakan jari tadi akan digantungkan di dalam kelas untuk aktiviti matematik
kelak.
7. Diberi
latihan mengira di buku.
Kanak
– kanak kini gemar membelajar di samping bermain. Pendekatan terbaru telah
disusun untuk bermain, menerokai serta mempelajari matematik dalam situasi
sehari – hari di pusat penjagaan kanak – kanak, di rumah, di kelas prasekolah
serta taska. (Williams, Cunningham, &
Lubawy, 2010)
Disamping
itu, sesuatu aktiviti juga haruslah jenis yang boleh membantu perkembangan
fizikal dan mental yang selaras dengan perkembangan motornya.
Sehubungan
dengan itu, aktiviti yang telah dipilh hari ini merangkumi penggunaan motor
kasar dan motor halus. Ketika kanak – kanak menekan tangan di atas span
berwarna kepada kertas A4, otot – otot mereka akan bergerak sekaligus koordinat
antara tangan dengan span juga kertas di pertikaikan. Jikalau motor kasar kanak
– kanak tersebut tidak menyokong maka cetakan di atas kertas tidak akan
kelihatan terang mahupun kemas. Penggunaan gunting juga membolehkan kita
menilai kebolehan motor, jikalau seseorang kanak – kanak itu gagal memegang
gunting dengan cara yang betul. Maka kita sebagai guru haruslah menunjuk ajar
mereka caranya meregang otot dan menekan jari yang sewajarnya. Di samping itu,
kita juga boleh memberi nasihat tentang makanan berkhasiat (dengan menyelitkan
tema kita “ BADAN SIHAT, MINDA CERGAS”)
yang memberikan otot kita kekuatan yang membolehkan kita menyiapkan
kerja dengan mudah dan pantas.
Di
samping itu, jika seseorang kanak – kanak tidak mampu menggunting mengikut
garisan, ataupun menggamkan cetakan tangan mereka dengan koordinat yang betul,
ini bermakna motor halus kanak – kanak tersebut tidak berkembang dengan cara
yang betul. Maka kita sebagai guru haruslah tunjuk ajar cara menggunting dan
meggamkan ikut koordinat yang betul, sekaligus bolehlah kita menilai kebolehan
mereka.
Sudah
pasti seseorang kanak – kanak tidak boleh belajar pada pertama kalinya kita
memperkenalkan, atau menunjuk ajar sesuatu. Mengikut (Surayah Zaidon & Haslinda Md.Ali, 2009) Proses pengajaran
dan pembelajaran perlu dijalankan secara berterusan dan disesuaikan dengan
objektif pembelajaran. Ia juga perlu sesuai dengan tahap perkembangan setiap
kanak – kanak semasa mereka mengalami proses pembelajaran. Menurut (Williams, Cunningham, & Lubawy, 2010) masa dan latihan
akan membolehkan kanak – kanak membina pengetahuan yang lebih kuat dan mendalam
berkenaan prinsip matematik.
Oleh
itu, guru haruslah bersabar ketika mengajar berulang kali supaya kanak – kanak
tersebut boleh menguasai matapelajaran yang diajar. Guru juga harus telus dalam
membuat penilaian perkembangan. Kreatif dan inovatif dalam membuat sesuatu
aktiviti berkaitan matapelajaran. Yang penting sekali kita haruslah memastikan
yang biar seseorang kanak – kanak membuat kesilapan dan belajar melaluinya
serta tidak mengulanginya lagi, kerana daripada proses pengajaran, proses
pembelajaran adalah lebih efektif.
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 02/03/2015
Kelas : Pra-3 (6 tahun )
Masa : 10.10 pagi -10.50 pagi
Bilangan
Murid : 15 Murid
Tunjang : Sains dan teknologi
Nilai : Rasa ingin tahu
Tema : Badan Sihat,Minda Cerdas
Tajuk : Rasa
Standard
Kandungan : (ST 1.1)-Mempamerkan sikap saintifik.
(ST 2.2)-Membanding dan
megelaskan objek.
Standard Pembelajaran : (ST1.1.1)-Menunjukkan
sikap sistematik, bekerjasama,
bertanggungjawab
dengan bimbingan.
(ST 2.1.6)-Memerhati dan mengenalpasti
bentuk-bentuk
di persekitran.
Hasil
Pembelajaran : Seramai 13 orang telah mencapai.
Objektif
Pelajaran : Di akhir, pembelajaran kanak – kanak
dapat mengenal
Pasti
deria rasa, menamakan perasa dan mengetahui jenis
Jenis
makanan melalui rasa masing – masing.
Alatan dan Bahan : Mangkuk
kecil, limau, kicap, gula pasir, garam
dan
pencungkil
gigi
Prosedur
Pembelajaran :
1. Guru
membahagikan murid-murid dalam lima kumpulan dan setiap kumpulan mempunyai tiga orang murid. Guru
akan menyediakan bahan-bahan eksperimen di atas sebuah meja.
2. Sebelum
melakukan aktiviti guru menunjukkan carta dan gambar tentang deria rasa.
3. Guru
akan tunjuk ajar eksperimen kepada anak - anak murid.
4. Selepas
itu, guru akan memberi peluang kepada setiap kumpulan untuk melakukan
eksperimen deria rasa.
5. Namakan
objek - objek di depan.
6. Namakan
deria yang betul yang kita mengguna setiap kali.
7. Buat
latihan di buku
RASIONAL PEMILIHAN
AKTIVITI
Pra-Sekolah merupakan asas yang paling penting
untuk permulaan zaman persekolahan kanak-kanak,di mana perkembangan fizikal dan
mental mula berkembang. Pihak ibu bapa mahupun pihak sekolah harus berganding
bahu untuk memperkukuhkan permulaan mereka.
Menurut, (Abdullah, Menon, & Ahmad,
2003)
Kaedah pengajaran Pestalozzi menitikberat penerokaan melalui pengalaman deria.
Cara terbaik untuk kanak-kanak belajar adalah melalui pengalaman merasa,
menghidu, menyentuh, mendengar dan melihat. Contohnya, proses pembelajaran di
mana kanak-kanak berpeluang melihat, menyentuh dan menghidu bau bunga mawar
lebih berkesan berbandingkan pengajaran melalui gambar ataupun perbualan
sahaja.
Pada masa kini, kanak-kanak ingin belajar dengan kreatif. Dengan aktiviti ini kanak-kanak dapat mengetahui tentang rasa iaitu (manis, masam, masin dan pahit). Dengan aktiviti eksperimen ini, mereka dapat berhubung dengan bahan-bahan maujud tersebut, supaya kanak-kanak dapat mengetahui sifat-sifat bahan seperti kekerasan, saiz, warna dan sebagainya. Selain itu, kanak-kanak juga dapat mengenalpasti nama - nama bahan yang digunakan dalam eksperimen ini.
Selain itu, dengan merasakan pelbagai
rasa kanak-kanak dapat berkenalan dengan deria rasa. Eksperimen ini menjadi
suatu laluan yang baru kepada kanak-kanak untuk memahami deria rasa
masing-masing. Apabila kanak-kanak menyentuh dan merasakan bahan-bahan
tersebut, pergerakan otot tangan dan jari ini membolehkan berlakunya proses
motor halus.
Selain itu juga, apabila mereka melibatkan
diri dalam eksperimen ini mereka juga dapat mengetahui tentang organ badan
mereka iaitu struktur lidah. Selain itu guru juga boleh mengajar cara penjagaan
mulut dan lidah berteraskan dengan tema (BADAN SIHAT MINDA CERDAS). Jadi tema
yang diajar dapat dicapai oleh guru.
Seterusnya, dengan aktiviti ini kanak-kanak juga
dapat mengenali perbezaan diantara perasa makanan. Jadi ini membolehkan mereka
dapat mengenali rasa makanan yang terdapat di sekeliling mereka. Interaksi diantara kanak-kanak dengan
bahan-bahan di sekeliling alam mereka akan berterusan sampai akhir hayat
mereka.
Tambahan pula, deria sentuhan juga terdapat
dalam eksperimen ini, secara tidak langsung kanak-kanak juga dapat mempelajari
deria sentuhan dengan menyentuh bahan-bahan yang digunakan dalam aktiviti ini.
Dengan ini mereka dapat melihat dan menyentuh samping memahami sifat-sifat
bahan yang tersebut.
Kesimpulannya, guru haruslah berasional dalam
pemilihan aktiviti bagi setiap matapelajaran. Guru juga harus berwaspada ketika
menjalankan aktiviti tersebut dalam konsep yang sepatutnya dan selamat untuk
kanak – kanak.
RANCANGAN
PENGAJARAN HARIAN
Tarikh : 02/03/2015
Kelas : Pra-3
(6 Tahun)
Masa : 10:50-11:30
Bilangan
murid : 15
Tunjang : Komunikasi Bahasa Malaysia (T)
Nilai : Bekerjasama
Tema : Badan
Sihat Minda Cerdas
Tajuk : Mengenal
anggota badan
Standard
Kandungan : (BM
1.1)-Mendengar dengan penuh perhatian
(BM 2.2)-Bersoal jawab melalui rangsangan
yang betul.
Standard
Pembelajaran : (BM 1.1.7)-Mendengar arahan dan
memberi respon.
(BM
2.2.3)-Bersoal jawab berdasarkan tema,minat dan situasi semasa.
Objektif
Pelajaran : Di akhir
pembelajaran, kanak – kanak dapat mengenal,
Dan
menamakan anggota badan, dan mampu mengeja
Suku
kata berkaitan anggota badan.
Alatan dan Bahan : Carta
bergambar anggota badan, kad imbas gambar, kad
imbas
perkataan dan silang gambar.
Prosedur
pembelajaran :
1. Guru
akan menunjuk carta gambar dengan memperkenalkan anggota badan secara lisan.
2. Guru
akan memperkenalkan perkataan untuk dieja oleh kanak – kanak melalui kad imbas
perkataan.
3. Guru
akan meminta kanak – kanak untuk mengeja sekali lagi untuk memastikan ejaan
betul.
4. Kanak
– kanak akan diminta untuk memadankan perkataan dengan gambar di carta, dengan
mengejanya sekali lagi.
5. Guru
dan kanak – kanak akan membincangkan tentang penjagaan kebersihan dan kesihatan
badan.
6. Guru
dan kanak – kanak akan melakukan aktiviti bernyanyi lagu dalam kumpulan.(bangun pagi, gososk gigi).
7. Kanak
– kanak dibahagi 2 kumpulan, dimana kumpulan 1 memegang kad imbas perkataan dan
kumpulan 2 dengan kad imbas gambar.
8. Kanak
– kanak akan diminta memadankan perkataan dengan gambar yang dipegang dengan
betul.
9. Kanak
– kanak akan di beri teka silang gambar untuk disuaikan dengan betul dan
menunjukkanya kepada guru untuk penilaian.
RASIONAL PEMILIHAN
AKTIVITI
Pemilihan
aktiviti bagi setiap matapelajaran pada peringkat awal kanak-kanak prasekolah
perlu mempengaruhi dan mencapai perkembangan yang menyeluruh. Menurut, (Abdullah,
Menon, & Ahmad, 2003) Pengalaman yang dilalui merangkumi
semua aspek perkembangan iaitu fizikal, intelek, bahasa, sosial dan nilai.
Apabila salah satu aspek diketepikan adalah sukar bagi mereka mengatasi
kelemahan itu.
Setiap
guru pada peringkat awal kanak-kanak perlu bertingkah laku lebih kreatif dan
fleksibel dalam pengajaran mereka. Mereka harus peka pada tahap perkembangan
dan ciri-ciri peribadi setiap kanak-kanak dan mengubahsuai teknik pengajaran
mereka mengikut keperluan kanak-kanak tersebut.
Pemilihan
aktiviti memainkan peranan yang sangat penting bagi setiap kanak-kanak untuk
mencapai objektif pembelajaran. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka
dalam setiap aktiviti yang telah disediakan mengikut matapelajaran. Kanak-kanak
dikehendaki meniru dan mengulang apa yang mereka pernah perhatikan. Selagi
kanak-kanak belum menguasai kemahiran menyusun mereka akan terus mencuba
sehingga berjaya.
Guru
menyediakan carta gambar anggota badan, kad imbas perkataan, kad imbas
bergambar dan silang gambar (puzzle) anggota badan.
Melalui
carta gambar, murid-murid dapat mengenali dan menamakan setiap anggota badan.
Tambahan pula, guru dan kanak-kanak membincang tentang cara-cara menjaga
kebersihan dan kesihatan badan lalu guru melakukan aktiviti nyayian lagu yang
bertajuk “Bangun Pagi Gosok Gigi” dalam kumpulan. Disini kanak-kanak
menggunakan kedua-dua motor halus dan motor kasar untuk melhat, menyanyi,
menamakan dan pergerakan otot.
Seterusnya,
kad imbas perkataan digunakan untuk mengimbas kembali nama anggota badan yang
telah dibelajari sebelum ini. Disamping itu, kanak-kanak juga dapat peluang
untuk mengeja perkataan. Dengan ini guru boleh mengkategorikan kanak-kanak yang
dapat dan tidak dapat mengenal abjad.
Selain
itu, kad imbas bergambar digunakan untuk mengimbas kembali anggota badan serta
menamakan anggota badan yang terdapat pada kad imbas. Kedua-dua kad imbas
gambar dan perkataan dipegang oleh setiap kanak-kanak dan dipadankan.Aktiviti
harian tersebut diakhiri dengan aktiviti permainan teka silang gambar (puzzle)
anggota badan dalam kumpulan.
Kesimpulanya,
pemilhan aktiviti yang mudah dan betul akan menolong dalam pencapaian seseorang
kanak-kanak. Tanggungjawab seseorang guru untuk memilh aktiviti mengikut tahap
kebolehan kanak-kanak adalah amat penting.
RUJUKAN:
Abdullah, R., Menon, N., & Ahmad, M. (2003). Panduan
Kurilulum Prasekolah. Pahang : PTS Publications.
Rohani, A. (2001). PERKEMBANGAN KANAK - KANAK
PENILAIAN SECARA PORTFOLIO. KL: UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA.
Surayah Zaidon, & Haslinda Md.Ali. (2009). PENILAIAN
DALAM PEDIDIKAN PRASEKOLAH. KL: PTS PUBLICATIONS.
Williams, B., Cunningham, D., & Lubawy, J.
(2010). MATEMATIK PRASEKOLAH (SIRI 3). SETAPAK,KL: AL AMEEN SERVE
HOLDINGS.
No comments:
Post a Comment