This is an individual assignment of mine regarding the importance of doing assessing process in learning environment at preschools. This assignment was been done purely by imaginary created a child with a problem and a way that I prefer to identify and record the assessment done into report that to be submitted to the child's parent and principle.
I personally think that it is easy to identify a real child with problem and record it, rather than create a child with a cognitive and social-emotional problems. Yet I created one and managed to convert it into as assignment article which is been copied here.
Happily read and leave me some booster comment for better outcome in future!!

I personally think that it is easy to identify a real child with problem and record it, rather than create a child with a cognitive and social-emotional problems. Yet I created one and managed to convert it into as assignment article which is been copied here.
Happily read and leave me some booster comment for better outcome in future!!

KOD MATAPELAJARAN : UBSC 1101
MATAPELAJARAN :
ASAS PERKEMBANGAN
KANAK
– KANAK
TAJUK TUGASAN : HURAIKAN
BAGAIMANA ANDA
MENGESAN
DUA ASPEK
PERKEMBANGAN
YANG BERLAINAN
BAGI
SEORANG KANAK – KANAK.
PENSYARAH : PN. SURAYAH ZAIDON
JENIS TUGASAN : INDIVIDU
DI SEDIAKAN OLEH : Pn. N.
KANNAMAH (UFD 15026)
SEMESTER : PERTAMA
1.MUKA
DEPAN
1
|
2.ISI
KANDUNGAN
2
|
3.PENGENALAN 3
|
4.LATAR
BELAKANG KANAK – KANAK
5
|
5.PENGESANAN
PERKEMBANGAN KOGNITIF
|
5.1.
PERKEMBANGAN KOGNITIF 6
|
5.2.
PELAPORAN
|
6.PENGESANAN
PERKEMBANGAN EMOSI
|
6.1.
PERKEMBANGAN EMOSI 7
|
6.2.
PELAPORAN
8
|
7.RUMUSAN
9
|
8.RUJUKAN
10
|
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
Bagaikan bunga yang bermekar
mengikut hukum alam yang sepatutnya, kanak – kanak juga harus bermekar ataupun
dalam konteks lain berkembang mengikut cara yang sepatutnya seiring dengan
usianya.
Setiap kanak – kanak haruslah
berkembang mengikut hukum alam yang sepatutnya, supaya dia lebih bersedia untuk
menghadapi dunia nyata dengan cara yang betul. Ini kerana jikalau seseorang
kanak – kanak tidak berkembang dengan cara yang sepatutnya maka ianya sukar
untuk menghadapi komuniti kita yang penuh dengan pelbagai budaya, kefahaman
etnik dan juga bersosial dengan keadaan yang seadanya.
Maka kita sebagai guru haruslah
sentiasa bersedia membantu kanak – kanak yang gagal berkembang. Oleh itu adalah
penting setiap guru terutamanya guru pra – sekolah memahami cara dan definisi
perkembangan kanak – kanak mengikut kategori umur dan jantina. Penilaian
pengesanan perkembangan kanak – kanak boleh membantu para guru untuk mengesan
dan mengambil langkah seterusnya dengan lebih efektif dalam membantu kanak –
kanak tersebut.
Pengesanan perkembangan kanak –
kanak dapat disimpulkan sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan
pembelajaran yang bertujuan mengumpul maklumat berkenaan pengetahuan, kemahiran
dan pencapaian bagi membantu perkembangan seterusnya. Amatlah penting proses
ini dijalankan secara berterusan dan disesuaikan dengan objektif pembelajaran
dan tahap perkembangan setiap kanak – kanak secara berasingan ataupun dalam
kumpulan (SURAYAH ZAIDON & HASLINDA
MD.ALI, 2009) .
Selain daripada pemahaman tentang
perkembangan kanak – kanak, pemilihan cara sesuatu pengesanan itu dijalankan
juga memainkan peranan yang penting. Ini kerana tanpa perancangan atau
instrument yang sewajarnya pemerhatian yang dijalankan boleh menjadi sia – sia.
Seiring dengan itu, pemilihan cara merekod juga haruslah menepati strategi
pengesanan perkembangan kanak – kanak. Menurut (SURAYAH ZAIDON & HASLINDA MD.ALI, 2009) borang rekod yang
digunakan haruslah jenis yang mampu merekodkan perkembangan yang ingin dinilai
dan dapat menyumbangkan kepada bentuk penilaian yang sistematik.
Perkembangan kanak – kanak terbahagi
kepada dua aspek utama iaitu perkembangan fizikal dan pertumbuhan fizikal.
Perkembangan fizikal adalah lebih kepada penggunaan otot anggota badan dan
pelarasan koordinat. Perkembangan fizikal juga boleh ditafsirkan sebagai perkembangan
motor yang dibahagikan kepada motor kasar dan motor halus. Pertumbuhan fizikal
pula lebih kepada perubahan fizikal dari segi tinggi, berat dan ukuran lilit
kepala yang juga akan harus terjadi secara semulajadi dan menepati kumpulan
umur kanak – kanak.
Selain itu, perkembangan emosi juga
memainkan peranan yang penting dalam perkembangan kanak – kanak. Ini kerana
perkembangan emosi inilah yang membentukkan kebolehan seseorang kanak – kanak
untuk mengenalpasti cara untuk memberi reaksi yang sepatutnya. Reaksi yang
salah boleh menyebabkan seseorang kanak – kanak sukar mengadaptasikan dirinya
dalam aktiviti bersosial sekaligus menimbulkan beberapa masalah.
Oleh itu, adalah penting seseorang
kanak – kanak itu berkembang dari segi aspek – aspek ini supaya dia bersedia
untuk menghadapi cabaran yang menantinya di masa kelak.
Seiring dengan ini, saya telah
menjalankan suatu proses pengesanan perkembangan dari segi perkembangan
kognitif dan emosi. Cara pengesanan dijalankan, rekod pemerhatian dan langkah
susulan serta serba sedikit latar belakang kanak – kanak tersebut juga
disertakan supaya pengesanan yang dijalankan boleh dipertimbangkan.
LATAR
BELAKANG KANAK – KANAK.
Nama kanak – kanak yang telah
dijalankan pengesanan ialah Sruthi A/P Ramasamy. Srutthi adalah budak perempuan
yang berumur 4 tahun dan didaftarkan di tadika kami pada bulan Januari 2015
yang lalu.
Sruthi sebelum ini tidak pernah
didedahkan kepada persekitaran sekolah mahupun dikalangan kanak – kanak yang
ramai. Sruthi merupakan anak sulung yang diikuti dengan dua lagi adik perempuan
yang berumur 3 dan 9 bulan masing – masing. Sruthi kini berada di bawah
penjagaan nenek dan ibu saudaranya, kerana dia mempunyai sedikit masalah pergaulan
dengan adik – adiknya sendiri. Menurut ibu saudaranya, Sruthi enggan berkongsi
barang – barangnya dengan adiknya dan pernah sekali memukul adik – adiknya.
Oleh kerana ketakutan Shruthi kini berada di bawah penjagaan ibu saudara dan
neneknya.
Meskipun begitu Sruthi sangat sayang
akan ibu bapanya, terumatanya bapa dia. Bapanya merupakan seorang pekerja
bertaraf eksekutif di Lapangan Terbang Antarabangsa Subang Jaya manakala ibunya
suri rumah tangga yang menjalankan perniagaan kraftangan bermotifkan budaya
India. Kewangan bukanlah isu bagi mereka tetapi kedegilan Sruthi yang enggan
berkongsi barangnya yang mendorong ibunya untuk mendaftarkan Sruthi di tadika
kami, supaya dia boleh bergaul mesra dan memahami konteks perkongsian.
Sruthi adalah budak yang cerdik,
tetapi kadang kala ada ragamnya sendiri dengan enggan membuat kerja tulisan
mahupun aktiviti yang paling menarik sekalipun. Oleh itu saya sebagai guru
kelasnya telah menjalankan pengesanan perkembangannya dari segi kognitif dan
emosi, untuk mengenalpasti masalahnya dan juga untuk mengambil langkah susulan
supaya Sruthi boleh menjadi budak yang lebih cerdik dan berhemah. Hasil laporan
juga telah diberikan kepada ibu bapanya supaya mereka juga boleh mengambil
bahagian dalam proses pengukuhan dan penayaan nanti. Kerjasama antara guru dan
pihak ibu bapa adalah mustahak untuk membantu kanak – kanak berkembang dalam
cara yang sepatutnya.
PENGESANAN
PERKEMBANGAN KOGNITIF
PERKEMBANGAN
KOGNITIF
Perkembangan kognitif merangkumi
aspek kreativiti, imaginasi, tumpuan, ingatan, penyelesaian masalah dan
pemahaman konsep (MODUL
KURSUS UNIVERSITI MALAYA) . Aspek – aspek ini amatlah penting
untuk berkembang secara serentak bagi seseorang kanak – kanak demi sesi
pengajaran dan pembelajaran yang lancar.
Bagi Sruthi pula, saya sebagai guru
Matematiknya ingin mengesan kesemua aspek dalam perkembangan kognitifnya
terutamanya pemahaman konsep. Pengesanan ini telah saya menjalankan secara individu
dengan memperkenalkan konsep perbandingan dalam matematik yang mudah iaitu
besar dan kecil, banyak dan kurang. Saya telah menggunakan buah – buahan
seperti oren, epal, nenas, pisang dan anggur sebagai alat bantuan mengajar.
Saya memilih konsep matematik ini kerana Sruthi merupakan budak yang agak
cerdik, dia boleh membuat operasi tambah yang belum diperkenalkan dalam kelas
dan mampu bilang 1- 20 dalam Bahasa Enggeris. Walaupun sedemikian dia masih
kurang faham akan konsep besar, kecil mahupun panjang, pendek. Maka
kegagalannya dalam pemahaman konsep mudah inilah mendorong saya untuk
menjalankan proses pengesanan ini, supaya saya boleh mengesan dan merancang
langkah seterusnya bagi memahamkan Sruthi konsep ini.
Hasil pengesanan telah direkodkan
dan langkah seterusnya telah dirancang sebagai aktiviti pengukuhan. Bagi proses
pengesanan ini saya lebih gemar menggunakan kaedah rekod senarai semak, yang
boleh disediakan dengan pecahan kemahiran yang ingin dikesan. Cara rekod
senarai semak ini sebenarnya sangat senang ketika menjalankan pemerhatian
kerana ianya ringkas, tepat dan cepat.
Berikut adalah lampiran hasil
pemerhatian yang dijalankan bagi pengesanan perkembangan kognitif.
SENARAI SEMAK PERKEMBANGAN KOGNITIF - MATEMATIK | |||||||||||||||
NAMA : | SRUTHI A/P RAMASAMY | TAHUN : | 2015 | ||||||||||||
MATAPELAJARAN : | MATEMATIK | KELAS : | 4 BIJAK | ||||||||||||
PENGESANAN DIJALANKAN OLEH : | PN. KANNAMAH | ||||||||||||||
HASIL PEMBELAJARAN | MAC | JUN | SEPT | ||||||||||||
TAHAP KEMAHIRAN | BOLEH | TIDAK BOLEH |
PERLU BANTUAN |
BOLEH | TIDAK BOLEH |
PERLU BANTUAN |
BOLEH | TIDAK BOLEH |
PERLU BANTUAN |
||||||
(ST 2.1) membuat pemerhatian ke atas objek dan fenomena alam di persekitaraan. |
/ | ||||||||||||||
(ST 2.1.3) memerhati objek - objek di persekitaraan dan mengenalpasti saiz. besar - kecil | / | ||||||||||||||
(ST 2.1.4) memerhati dan bercerita secara verbal tentang pemerhatian yang telah dibuat | / | ||||||||||||||
(ST 2.1.7) memerhati objek - objek di persekitaraan dan mengenal saiz. Besar, kecil, panjang, pendek, tinggi, rendah, tebal, nipis | / | ||||||||||||||
(ST 2.2) membuat pengukuran menggunakan unit bukan piawai | |||||||||||||||
(ST 2.2.1) membandingkan panjang objek - lebih panjang, lebih pendek | / | ||||||||||||||
(ST 2.2.2) membandingkan berat objek - lebih berat, lebih ringan | / | ||||||||||||||
ULASAN : | Daripada pengesanan yang dijalankan, adalah difahamkan yang Sruthi dapat mengelaskan dan membandingkan objek yang diberi dari segi panjang dan pendek. Namun gagal membandingkan dari segi berat dan ringan. Kerja lampiran telah di berikan kepadanya untuk mewarnakan objek mengikut panjang dan pendek dan kanak - kanak berjaya membuatnya. kerja lampiran ini adalah sebagai aktiviti pengukuhan untuk mengukuhkan lagi pemahaman konsepnya. | ||||||||||||||
CADANGAN : | |||||||||||||||
Bagi kegagalan Sruthi dalam memahami konsep berat dan ringan, telah dirancang untuk mengulangi aktiviti ini dengan memberikan barang bantu yang lain, seperti buku dan kapas, atau botol air berisi dan kosong. Langkah ini akan dijalankan secara berasingan dalam kelas dan suatu pengesanan akan dijalankan sekali lagi bagi mengesan tahap pemahaman konsepnya. | |||||||||||||||
PENGESANAN
PERKEMBANGAN SOSIOEMOSI
Kanak – kanak haruslah
berkembang sejajar dengan perkembangan dan pertumbuhan fizikal dengan sosio
emosinya. Kegagalan perkembangan dari segi sosio emosi boleh mendatangkan
pelbagai kesulitan dalam pergaulan seseorang kanak – kanak dengan kawan
sebayanya dan dewasa. Sebagaimana bagi Sruthi yang tidak pernah dan tidak mahu
berkongsi barangannya dengan sesiapa pun menyebabkan dia tidak ada rakan
sebaya.
Situasi ini dapat diketahui semasa suatu sesi soal jawab
antara kanak – kanak yang sekelas dengan Sruthi. Oleh itu saya sebagai guru
kelas ingin menyelesaikan masalah sosio emosinya ini supaya dia boleh dengan
relanya berkongsi, berkawan dan beramah mesra dengan rakan sekelas, para guru
dan saudaranya.
Bagi tujuan ini, saya dengan sengaja telah mengadakan
suatu aktiviti secara berpasangan, supaya proses pengesanan yang bakal saya
adakan ini berjalan dengan lancar. Aktiviti yang dijalankan merupakan berbentuk
mainan dimana tanpa perkongsian barangan kumpulan mereka tidak boleh menang. Setelah
selesai proses pengesanan dijalankan suatu pelaporan telah disediakan untuk
tujuan rekod. Saya telah memilih cara rekod anekdot kerana ianya mudah untuk
merekod bagi pengesanan ini.
Rekod
anekdot adalah lebih sesuai kerana ianya boleh direkod pada bila – bila masa
dan lebih berbentuk objektif dimana saya boleh menerangkan kejadian sebenar
menggunakan perkataan sendiri tanpa dibatasi sebarang format dan komponen
kemahiran.
Hasil
pengesanan yang dijalankan telah direkod menggunakan rekod anekdot dan
dilampirkan sebagai pelaporan.
PELAPORAN
REKOD ANEKDOT
Nama : Sruthi A/P Ramasamy
Tarikh : Aktiviti
: sosio emosi Masa
: 11.30 pagi
25/03/2015 (menarik tali)
Sruthi
dan Sarah di agihkan dalam kumpulan berdua untuk aktiviti tarik tali. Mereka
berdua telah menunjukkan perubahan yang mendadak dengan berganding bahu dan
memenangi acara ini. Pada mulanya Sruthi enggan kongsi tali yang diberi dengan
Sarah. Akan tetapi setelah melihat kumpulan lain yang menang dan dapat sticker,
Sruthi mendorong dirinya untuk berkongsi tali yang diberi dengan Sarah. Apabila
sticker diberi Sruthi dengan rela telah bertukar dengan Sarah dan mereka berdua
kelihatan sangat gembira dengan hasilnya.
ULASAN
:
Walaupun
Sruthi seorang budak yang degil dalam konteks perkongsian, namun cara dia dan
Sarah berinteraksi memang menakjubkan. Pengesanan ini menunjukkan Sruthi boleh
berkongsi barangnya dengan budak apabila adanya pertandingan sebagai dorongan,
diikuti dengan hadiah yang sewajarnya. Sruthi juga berkelihatan gembira bila
berkomunikasi dan bermain dengan Sarah. Sejak kejadian ini, Sruthi dan Sarah
telah menjadi kawan baik dan mereka ingin duduk bersama – sama. Kesimpulannya,
Sruthi boleh berkongsi dan berkawan dengan sesiapa pun asalkan ianya selesa dan
mendatangkan faedah kepadanya.
RUMUSAN
Proses
pengesanan yang dijalankan amatlah penting dalam mengesan pola perkembangan
kanak – kanak, dari pertumbuhan fizikal dan mental yang kualitif dan kuantitif.
Kanak – kanak yang berkembang sejajar dengan kedua – dua aspek ini lebih cepat
dan mudah mengadaptasikan dirinya dengan persekitaraannya. Maka kita sebagai
guru haruslah sentiasa was – was ketika berususan dengan kanak – kanak
terutamanya yang bermasalah, supaya bolehlah dibentukkan menjadi insan yang
boleh hidup secara harmoni dengan komunitinya.
Pengesanan yang telah saya
menjalankan telah banyak membantu untuk memahami kanak – kanak terutamanya Sruthi,
dan memudahkan saya bagi merancang sebarang langkah susulan sebagai scaffolding supaya kemahiran dan
kobolehan boleh dimantapkan lagi. Bak kata Lev Vygotsky (MODUL KURSUS UNIVERSITI
MALAYA)
kanak – kanak mempelajari perkara baru secara sendirinya daripada persekitaraan
dan bukannya diajar, dan dewasa haruslah menjadi sebagai scaffolding dalam membantu
dan membimbing kanak – kanak.
Hasil
daripada kesemua pengesanan yang dijalankan menunjukkan Sruthi adalah seorang
kanak – kanak yang berpotensi dalam semua aspek, sekiranya dibimbing dengan
cara yang sepatutnya. Sruthi juga adalah kanak – kanak yang cenderung belajar
perkara baru sekiranya ianya menarik perhatiannya. Sruthi juga rela berkongsi,
bekerjasama dan berkawan dengan sesiapa sahaja sekiranya personalitinya sesuai
dan selasa baginya.
Pelaporan ini telah difailkan dalam
portfolio Sruthi sebagai langkah seterusnya dalam kurikulum iaiui penyerahan
kepada ibubapanya. Diharapkan ibubapanya dapat memahami Sruthi sepenuhnya dan
akan berhati – hati di masa hadapan ketika berdepan dengan sebarang masalah
daripada Sruthi. Kini Sruthi telah
menjadi budak yang ceria dengan adanya sekumpulan kawan sebayanya dan sekarang
dia boleh berkongsi baranganya. Diharapkan Sruthi boleh bergaul mesra dengan
ramai rakan sebayanya lagi, terumatanya adik – beradiknya yang sebelum ini dia
enggan berkawan.
RUJUKAN
1. MODUL KURSUS UNIVERSITI MALAYA.
(n.d.). BASIC CHILD DEVELOPMENT.
2. SURAYAH ZAIDON, & HASLINDA MD.ALI.
(2009). PENILAIAN DALAM PENDIDIKAN PRASEKOLAH. SELANGOR: PTS
PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN BHD.
No comments:
Post a Comment