Pages

ASSIGNMENT - PERANCANGAN PENUBUHAN TADIKA & TASKA.

ISI KANDUNGAN

1.0           PENGENALAN
1.1           FAKTOR PEMILIHAN ( LOKASI, JENIS PREMIS )
1.2           PERSEKITARAAN FIZIKAL LUAR DAN DALAM


2.0           PERSEKITARAAN FIZIKAL ( LUAR )
2.1           PINTU UTAMA
2.2           SUDUT PERMAINAN
2.3           SUDUT MAINAN PASIR
2.4           SUDUT BERMAIN  AIR
2.5           SUDUT SENI DAN KRAFTANGAN
2.6           SUDUT BERKEBUN


3.0           KESIMPULAN


4.0           RUJUKAN


5.0           GAMBAR

6.0           PELAN PERANCANGAN







1.0           PENGENALAN
Kami ingin menubuhkan sebuah tadika di kawasan berhampiran. Nama tadika kami ialah The Little Genius. Bagi tujuan ini, kami telah memilih rumah ini ( rujuk gambar 1.0 ) sebagai premis kami.

1.1 FAKTOR PEMILIHAN
Premis yang dipilih oleh kami merupakan sebuah rumah jenis semi – D, dua tingkat. Lokasi terletaknya rumah ini sangat strategik kerana ia adalah kawasan perumahan baru dan belum lagi dibuka tadika oleh sebarang pengusaha. Rumah ini juga sewanya murah tetapi keluasan dalam dan luar rumahnya amat memuaskan. Keluasan kawasan luarnya amat memudahkan kami merancang dengan lebih inovasi untuk persekitaraan fizikal samada dalam ataupun luar.

1.2  PERSEKITARAAN FIZIKAL DALAM DAN LUAR
Persekitaraan dalam rumah ini sangat luas yang meliputi dua tingkat. Tingkat bawah terdiri daripada empat bilik, sebuah dapur dan dua tandas. Dimana kami telah merancang untuk mengubahsuaikan empat bilik dan dua tandas tersebut, supaya bersesuaian dengan kehendak kanak – kanak. Perancangan kami bagi tingkat pertama ini ialah tiga bilik akan dijadikan sebagai bilik belajar, satu bilik sebagai bilik guru, sekaligus tandas tersebut akan diubahsuaikan sebagai satu untuk kanak – kanak dan lagi satu bagi warga guru. Tingkat dua pula terdiri daripada tiga bilik dan sebuah tandas diikuti dengan pintu ke beranda luar. Dua bilik di tingkat dua ini pula akan dijadikan bilik tidur kanak – kanak dan satu bilik sebagai bilik kuarantin.
Bagi kawasan luarnya pula kami telah merancang beberapa bahagian yang menarik, sedangkan kami harus menceriakan sekaligus menggukan sepenuhnya kawasannya yang luas. Kami telah merancang untuk mengkhususkan beberapa kawasan kepada sudut permainan, sudut main pasir, sudut bermain air, sudut berkebun dan sudut seni & kraf. Kami berupaya mewujudkan pelbagai sudut di kawasan luarnya kerana sempadannya ialah tembok berbatu, bukannya pagar besi.


2.0 PERSEKITARAAN FIZIKAL ( LUAR )
Persekitaraan rumah pilihan kami amatlah luas, memudahkan kami untuk merancang penubuhan pelbagai jenis sudut yang kreatif dan menyeronokan bagi kanak – kanak. Justeru itu, keselamatan kanak – kanak juga dipertimbangkan sebelum perancangan ini. Tembok berbatu yang keliling rumah ini merupakan faktor utama bagi pemilihan sudut – sudut ini. Ia kerana, guru tidak perlu risau akan kanak – kanak akan hilang ataupun lari dari kawasan rumah. Kerisauan jatuh longkang jugak tidak perlu, kerana tiada longkang di dalam sekeliling rumah. Cuma ada satu longkang kecil dekat dengan sudut seni dan kraftangan yang akan ditutupi dengan besi penutup longkang kelak. Tembok sekeliling rumah ini akan dicat dengan warna biru diikuti dengan lukisan mural yang sesuai bagi kanak – kanak.

2.1 PINTU UTAMA
Pintu utama rumah ini merupakan pagar jenis chrome yang berwarna putih. Pagar utama ini boleh dibuka dua hala, iaitu dibuka sepenuhnya sekiranya hari hujan dan ibubapa perlu meghantar kanak – kanak dengan pintu masuk, ataupun sebahagiannya bagi kegunaan harian. Perjalanan dari pintu utama ke pintu masuk adalah diatas jalan batu yang sedia ada, yang akan diceriakan dengan pasu – pasu bunga yang disusun rapi pada bahagian kanan. Bahagian kiri jalan batu ini pula akan disempadankan dengan pagar berplastik bagi mengelakkan kanak – kanak lari ke sudut bermain.  ( rujuk gambar rajah 2.0 )

2.2 SUDUT BERMAIN
Sudut bermain ini akan disempadankan dengan pagar berplastik di kedua – dua belah, bagi mengelakkan kanak – kanak berlari ke sudut lain. Kami telah merancang untuk menyiapkan sudut ini dengan satu tempat bermain yang berlink, ( rujuk gambar rajah 2.1 ) yang dibuat daripada gabungan kayu dan plastik. Jenis peralatan permainan ini amat sesuai kerana ianya tiada sebarang bucu tajam ataupun permukaan yang boleh mendatangkan kecederaan. Tambahannya kami juga merancang untuk membeli alatan permainan seperti hoola hoop, bouncing ball, jongkang jongkit dan bola. Lantai di kawasan ini akan ditutupi dengan rumput palsu bagi mengelakkan sebarang gigitan serangga, jugak tidak mendatangkan sebarang kecedaraan.
2.3 SUDUT MAIN PASIR
Sudut main pasir kami, merupakan produk yang paling berinovatif. Sudut ini akan dilengkapi dengan sebuah tangki besar yang diperbuat daripada kayu dan plastic. Didalam tangka ini akan dipenuhkan dengan pasir dan juga alat permainan yang boleh digunakan oleh kanak – kanak ketika bermain pasir. Kelebihan tangki ini ialah ianya boleh ditutup dan hanya perlu dibuka ketika hendak menggunakanya. Kami memilih tangki ini utamanya kerana kemudahannya yang boleh dibuka dan ditutup. Kelebihan ini akan mengelakkan kanak – kanak daripada menceroboh kawasan pasir ini tanpa kebenaran guru, sekaligus mereka tidak boleh bermain sewenang – wenangnya. Tambahan pula kita tidak perlu risau cara menutupnya sekiranya musim hujan. ( rujuk gambar rajah 2.2 )

2.3 SUDUT MAIN AIR
Sudut main air kami amat menyeronokan kerana ianya bukan sekadar bermain air. Kami memilih ‘inflatable swimming pool’ yang sangat berinovasi. Tempat bermain air kami ini terdiri daripada beberapa peralatan bermain air dan warnanya sangat cerah dan ceria. Ia juga ada tempat khas bagi bayi yang berumur 6 bulan keatas juga boleh merasai air dan keseronokannya secara selamat. Tempat ini juga akan diliputi air kuantiti air yang sangat rendah yang mengurangkan risiko lemas. Ianya juga amat terhad yang memudahkan penyeliaan guru secara meluas. Paling pentingnya, kami boleh mengeringkan dan melipatkan tempat bermain air, yang jugak mengurangkan risiko pembiakan nyamuk mahupun sebarang hidupan lain sekaligus mengelakkan kanak – kanak tertarik denganya. ( rujuk gambar rajah 2.3 )

2.4 SUDUT SENI DAN KRAFTANGAN
Sudut seni dan kraftangan amat menarik rekaannya. Sudut ini bertemakan alam sekitar, dimana kami telah menyediakannya di luar kawasan yang lebih menyenagkan dan juga memberi ilham. Kanak – kanak akan melukis, mewarna dan membina kraftangan mereka dengan lebih bebas sambal menikmati alam sekitar yang nyaman dan bersih. Guru pula kelak senang untuk mengatur dan membersihkan kawasan tersebut, juga disediakan beberapa tali dengan penyepit pakaian untuk menyangkut dan megeringkan bahan kerja kanak – kanak.

2.5  SUDUT BERKEBUN
Minat kami terhadap alam sekitar yang hijau, mengilhamkan kewujudan sudut berkebun ini. Di sudut kami, kanak – kanak berpeluang mengalami pengalaman berkebun pelbagai jenis tanaman termasuk bunga – bunga, sayur – sayuran serta pokok semaian. Perancangannya ialah sayur – sayuran yang ditanam, bila dah besar kelak akan dipetik dan dimakan oleh kanak – kanak itu sendir. Pengalaman sedemikian akan sentiasa memberikan semangat dan tenaga positif sekaligus mengajar kanak – kanak hasil daripada usaha yang keras sentiasa menyenangkan. Bagi tujuan ini, sudut ini akan dibahagikan kepada beberapa bahagian dengan menggunakan kayu dan papan. Setiap bahagian akan dibahagikan kepada setiap kumpulan kanak – kanak yang akan dibahagikan kelak. Setiap bahagian ini akan disalurkan semua alatan berkebun yang boleh disusun rapi mengikut kumpulan masing – masing di dalam kabinet yang diletakkan berhampiran sudut berkebun ini. ( rujuk gambar 2.5 )

3.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, cadangan ini telah direka setelah menitikberatkan beberapa aspek yang penting. Keselamatan merupakan aspek yang paling utama kami telah timbangkan, kerana kanak – kanak merupakan insan yang paling senang boleh dialami kemalangan walaupun dijaga dengan rapi. Justeru itu, aspek kebersihan juga telah dipertimbangkan ketika pemilihan peralatan dijalankan. Kebanyakkan peralatan kami amat senang diatur, dibersih dan disimpan balik yang memudahkan semua pihak termasuk kanak – kanak, guru dan jugak pembantu tadika.

4.0 RUJUKAN

(GAMBAR TIDAK DISERTAKAN DEMI BEBERAPA ISU.)

No comments:

Post a Comment